perkahwinan anak sulongku

 




Majlis diatur pada 05/04/2025. Untuk memudahkan perjalan majlis, kami menyewa homestay di jalan pesisir perdana. Sewaan bermula 03/04/2025 4.00pm sehingga 06/04/2025 12.00pm. Iaitu sewaan selama 4 hari 3 malam. 

Alhamdulillah rumah 3 bilik tidur, 2 bilik air menjadi penempatan sementara kami sepanjang majlis berlangsung.

dibawah ini diselitkan sedikit gambar saudara mara yang turut berkongsi kediaman tersebut:-

Bukan mudah untuk berkumpul sekaligus seperti ini. 

Pernikahan asalnya dijadualkan selepas waktu ASAR, disebabkan atas sebab tak dapat dielakkan, pengantin lelaki sampai sekitar jam 5.00pm. Upacara terus dilangsungkan selepas ketibaan pengantin lelaki.

Aku terima nikahnya..... Alhamdulillah dengan sekali lafaz, anakku kini sudah nenjadi suami orang. Selesai upacara akad nikah, lafaz takliq dan taat setia suami isteri, bermulalah hidup barunya sebagai seorang suami yang tentunya pelbagai dugaan pasti mendatang. Semoga keduanya dapat mengharungi dengan baik



Selesai majlis akad nikah, dikesempatan yang ada bergambar sebentar dirumah pengantin perempuan.



Kemudiannya kami dijemput untuk merasai hidangan yang disediakan. Alhamdulillah, menjelang maghrib kami sudah kembali ke homestay yang terletak di jalan pesisir perdana.

KAD JEMPUTAN KEMAJLIS PIHAK LELAKI

Alhamdulillah, anak sulungku sudah menamatkan zaman bujangnya. Bila diingat kembali zaman kecilnya... ohh, adakalanya baru rasa beberapa hari ianya berlalu. Teringat kenakalannya di zaman kecilnya, ya.. itulah kehidupan. Anak-anak melalui fasa kehidupannya, sepertimana datangnya ufuk petang dan perginya fajar di pagi hari... semuanya dilalui, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak, detik itu tetap dilalui.. akhirnya sampailah di masa ini, fasa membina keluarga sendiri dan membina apa yang didamkan sendiri. Sebagai bapa, doa sentiasa di panjatkan untuk melihat kehidupan mendatangnya dalam keadaan yang baik.


Berbalik kepada tajuk asal disini, persiapan menjelangnya hari yang dinanti, antara hari yang mula memjarakkan anak dan famili. Memang menyedihkan, tapi merelakan dalam doa untuk terus berjuang dalam hidupnya. Bukanlah sesuatu yang mudah dalam melangsungkan majlis yang bersejarah sebegini, yang pastinya sekali dalam seumur hidup anak-anak. Bila sahaja majlis dah diputuskan, pelbagai soalan bermain dikepala... dimana, bagaimana, bila dan macam- macam lagi. Alhamdulillah setelah ujud perbincangan, pelbagai persiapan dirancang. 

Apa yang saya tuliskan disini semoga menjadi panduan kepada mereka tercari-cari idea untuk hari bersejarah sebegini.

1 - Tempat ? Dimana hendak dibuat? 

Ada pelbagai cadangan asal di fikirkan. Secara kasarnya ada dua tempat iaitu di rumah atau didewan sewaan. 

Kami memilih untuk menggunakan dewan. Atas pelbagai faktor, DEWAN BESAR ALFAUZAN tangjung agas dijadikan pilihan. Antara sebab pemilihan adalah kemudahan perancangan lain yang mudah untuk didapatkan. Antaranya bekalan katering, PA, kompang, andaman yang boleh dikatakan berada di tempat berdekatan. Contohnya katering,,, diusahakan sendiri oleh rakan anak. PA juga oleh rakan anak. Andaman, persiapan pengantin juga didapati ditempat berdekatan, pendekata keperluan asas majlis adalah semuanya berada dalam lingkungan berdekatan. 

Sekiranya anda berminat, penjaga dewan besar Al fauzan tanjung agas boleh dihubungi 017 516 4835 (En Rahman atau abang Man) 

Pada tarikh penyewaan, caj semasa adalah RM700 sekali sewa. 

2 - Katering

Katering (penyediaan makanan) pula menggunakan khidmat kawan- kawan yang biasa menjalankan bisnes katering untuk majlis keramaian. Dengan anggaran tetamu sebanyak 600-700 orang, nasi beriani, ayam beriani, daging, acar mentah dijadikan menu hidangan. Tak lupa juga kuih, air dan buah-buahan turut disediakan. Menu sampingan adalah kambing golek yang disediakan oleh peniaga kambing golek sendiri. Diterangkan dibahagian kambing golek dibahagian lain.

Caj dikenakan adalah sekitar RM8000.00.

3 - Andaman, baju pengantin, pelamin,  khemah tambahan 1 unit beserta meja dan kerusi dan persiapan meja tetamu, pengantin dll

Persiapan pelamin, andaman dan pelbagai persiapan seperti diatas, Kami menggunakan khidmat dari FADZILLA ANGGUN (017 931 5142). Berlokasi di Tanjung agas, berhampiran Petronas Tg Agas, dengan pelbagai kemudahan untuk majlis keraian, memudahkan kerja- kerja menyiapkan majlis anda. Kerja-kerja membuat pelamin, alas meja dan kerusi dan pelbagai kemudahan lain disediakan. Alhamdulillah dengan kata lain, seperti brtemu one stop centre bila berurusan dengannya.

Caj semasa (harga akan berubah dari masa ke masa)

Pelamin (dewan) : RM3500.00 

Alas meja tetamu: RM 10.00/ meja

Alas kerusi : RM2.00/kerusi

(Untuk meja dewan, 1 meja bulat sesuai diletakkan 7 biji kerusi)

Tambahan alas meja untuk makan pengantin dan hidangan juga disediakan.

Set khemah ( termasuk kerusi, meja dan alas) : RM350.00

Hidangan pengantin : RM800.00

Baju pengantin, sekiranya tiada tambahan baju tiada caj tambahan. Bagi kes saya, caj baju sebanyak RM###.00 dikenakan disebabkan baju pilihan adalah baju terbaru yang kosnya sahaja sudah melebihi RM6000.00.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. boleh rujuk gambar dibawah:-

4 - PA / DEE JAY / MC

Juga dari kawasan Tanjung Agas.  Deejay yang simple dan mudah. Juga rakan anak. 

5 - Kompang

Kompang, takde pun takpe kan? Itu pandangan orang lah. Bagi kami kat muar ni, kalau takde...? Macam hilang satu kemeriahan. Alhamdulillah, dewan ini sendiri ada kemudahan kompang yang baik. Ramai tetamu yang memuji kompang tersebut semasa majlis berlangsung. Terasa meriah, beserta dengan lagu yang dibawa. Pendekata, tak rugilah ambil. Dengan bayaran sekitar RM300.00, amat berpuashati dan tahniah kepada ahli kompang dewan Alfauzan.

6 - Kambing golek

Makan kambing? Satu trend dah mula menjalar kemuar sudah sekian lama. Kami mengambil dua (2) ekor kambing golek dengan harga RM1500.00 perekor. Sajian disertakan dengan sos lada hitam, kentang putar dan coleslaw. Kambing dicincang dan dibakar oleh pekerja mereka sebelum diagihkan kepada tetamu. Dalam tempoh 3 jam sahaja, semuanya habis!!. Memang ramai penggemar kambing di Muar ini. Rasanya yang "wow" lebih cepat menghabiskannya lagi. Mungkin akan datang akan ambil 3 ekor untuk majlis sebegini... 

Kambing golek disediakan oleh Kambing Golek Halimah Saadiah (017-657 9663)


7 - Homestay 

Penyewaan homestay sudah menjadi keperluan. Kami duduk di Serom Utama, iaitu 18km jauhnya dari dewan ditempat majlis akan berlangsung.  Adalah tidak relevant apabila perlu ulang alik sejauh itu sepanjang majlis diadakan. 

 Pemilihan homestay ini dibuat dua bulan lebih awal. Memandangkan pada 05/04/25 adalah masih hampir dengan hari raya, kebanyakan homestay telah habis ditempah untuk hari perayaan. Untuk keselamatan, tempahan dan bayaran terus dibuat awal untuk mengelakkan ketiadaan homestay. Alhamdulillah tiga bilik tidur, dua toilet dan tambahan tilam disediakan, ditambah keadaan yang agak luas memberikan keselesaan kepada kami sekeluarga. 


Kosnya?... RM380.00 sehari. Seperti di ketahui, Kami menyewa selama 4 hari 3 malam. Kami mendapat sedikit discount. Alhamdulillah tak sampai RM 1000.00 untuk tempoh tersebut.

8 - Kad kahwin



Kad kahwin ditempah secara on line, bentuknya simple dan mudah. Cukup sebagai media pemberitahu kepada tetamu sebagai alat untuk menjemput ke majlis. Semuanya diurus oleh anak dan kosnya pun sekadar RM50 untuk 300 kad.

9 - Door gift, bunga telur, bunga manggar, bunga rampai dan lain

Kesemua peralatan diatas adalah kebanyakannya dibeli on line dan dibuat sendiri. Bukanlah suatu yang menyulitkan menyediakannya. 

10 - ice cream

Sudah menjadi trend sekarang ini, ianya menjadi seperti kemestian semasa majlis kahwin. Untuk itu, ice cream di pesan. RM450 untuk 500 pcs ice cream kon dan 30 pcs free ice cream batang.  Sampai akhir majlis. 500 kon ice cream dan 30 bag ice cream habis. Terbaeeek.

11 - AIR COOL 

Untuk merasa lebih nyaman, Air Cool dari Vackool telah disewa sebanyak 2 unit. 1 unit untuk pelamin dan 1 unit untuk ruangan tuan tumah.


Sewa sebanyak RM100 seunit. Barangan sampai sebelum majlis, barang juga dalam keadaan baik. Tq Vackool.

Berbalik ke majlis menyambut menantu. Dibawah in disertakan serba sedikit gambar semasa majlis tersebut.







FOTO BERSAMA FAMILY







Dengan budget dibawah RM25k, dengan jemputan sekitar 600 orang akhirnya majlis kami berjalan dengan baik. Syukur dipanjat kepada Allah  kerna dengan izinNya majlis kami berjalan dengan sempurna. 

Alhamdulillah dengan ini tamat sudah sedikit coretan semasa pernikahan (menyambut menantu) yang telah diadakan pada 05/04/2025 di Dewan Besar Al Fauzan. Kami amat menghargai kunjungan dari para tetamu dalam memeriahkan lagi majlis itu. Kami memohon maaf atas segala kekurangan semasa majlis berlangsung. Kemaafan dan terima kasih dari pihak kami, sekian terima kasih.












Comments