perkahwinan anak sulongku
Majlis diatur pada 05/04/2025. Untuk memudahkan perjalan majlis, kami menyewa homestay di jalan pesisir perdana. Sewaan bermula 03/04/2025 4.00pm sehingga 06/04/2025 12.00pm. Iaitu sewaan selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah rumah 3 bilik tidur, 2 bilik air menjadi penempatan sementara kami sepanjang majlis berlangsung. dibawah ini diselitkan sedikit gambar saudara mara yang turut berkongsi kediaman tersebut:- Bukan mudah untuk berkumpul sekaligus seperti ini. Pernikahan asalnya dijadualkan selepas waktu ASAR, disebabkan atas sebab tak dapat dielakkan, pengantin lelaki sampai sekitar jam 5.00pm. Upacara terus dilangsungkan selepas ketibaan pengantin lelaki. Aku terima nikahnya..... Alhamdulillah dengan sekali lafaz, anakku kini sudah nenjadi suami orang. Selesai upacara akad nikah, lafaz takliq dan taat setia suami isteri, bermulalah hidup barunya sebagai seorang suami yang tentunya pelbagai dugaan pasti mendatang. Semoga keduanya dapat mengharungi dengan baik Selesa...